Bacaan Doa

Inilah Bacaan Doa Berpakaian dan Adab Berpakaian dan Larangan Jenis Pakaian Bagi Pria dan Wanita

Selain membaca doa, umat muslim juga sebaiknya juga memahami dan mengetahui adab-adab yang benar dalam Islam

Editor: Samsul Arifin
Pexels
Inilah bacaan doa berpakaian dan adab berpakaian 

Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (HR.Bukhari).

b. Tidak Menampakkan Tubuh

Pakaian yang tidak memenuhi syarat adalah pakaian yang tidak menutupi aurat.

Pakaian yang menampakkan tubuh dapat merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Maka sebaiknya kita menggunakan pakaian yang tidak menampakkan tubuh.

Rasulullah SAW bersabda yang artinya: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.

Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (HR.Muslim).

c. Pakaian Tidak Ketat

Pakaian tidak ketat berujuan supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan kita.

Selain itu pakaian yang tidak ketat juga tidak berpotensi merangsang lawan jenis untuk bermaksiat.

d. Tidak Menimbulkan Perasaan Riya'

Jika kita menggunakan pakaian yang berlebihan biasanya berpotensi menimbulkan perasaan riya'.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Siapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat".

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Siapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah).

Halaman
1234
Berita Terkait
Ikuti kami di
AA

Berita Terkini

© 2025 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved