Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut.
Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (HR.Bukhari).
b. Tidak Menampakkan Tubuh
Pakaian yang tidak memenuhi syarat adalah pakaian yang tidak menutupi aurat.
Pakaian yang menampakkan tubuh dapat merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Maka sebaiknya kita menggunakan pakaian yang tidak menampakkan tubuh.
Baca juga: Bacaan Doa dan Bacaan Dzikir di Pagi Sore Hari, Dimulai dengan Al Fatihah hingga Surat Al Baqarah
Rasulullah SAW bersabda yang artinya: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (HR.Muslim).
c. Pakaian Tidak Ketat
Pakaian tidak ketat berujuan supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan kita.
Selain itu pakaian yang tidak ketat juga tidak berpotensi merangsang lawan jenis untuk bermaksiat.
d. Tidak Menimbulkan Perasaan Riya'
Jika kita menggunakan pakaian yang berlebihan biasanya berpotensi menimbulkan perasaan riya'.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Siapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat".